
Dr. Steven Lai (DBA)
Pengasas & Presiden Kumpulan
Dr Steven Lai memiliki pengalaman luas dengan lebih 37 tahun dalam industri pemasaran jaringan. Dengan pengalaman luas dan kemahiran jualan langsung, beliau telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai Pakar Pemasaran Jaringan dan Master Strategi. Beliau merupakan pengasas Pendidikan “K-Sistem”, sistem ini terbukti berkesan dan berjaya melahirkan ramai pemimpin cemerlang di pemasaran jaringan, ia dianugerahkan sebagai “Top 10 Sistem Jaringan Paling Cekap & Berkesan Asia-Pasifik pada tahun 2006”, sementara itu juga dianugerahkan “Top 10 Pemimpin Sistem Paling Cemerlang" di Asia-Pasifik oleh World Fortune Forum pada tahun 2005.
Beliau dilantik dan berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif sebuah syarikat pemasaran jaringan terkenal, dan berjaya menjana pendapatan berbilion dolar setiap tahun. Dr Steven Lai juga seorang penceramah motivasi terkemuka dan telah menyampaikan lebih daripada seribu ceramah di seluruh dunia.
Demi meningkatkan ilmu pengetahuan, beliau sering menghadiri kursus dan seminar tentang pengajaran dan pembelajaran, semangat Dr Steven Lai merupakan contoh teladan terbaik dalam pembelajaran sepanjang hayat. Pada 2018, beliau telah mendapat Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Pentadbiran Perniagaan Kemanusiaan dan Kebajikan di Universiti Antarabangsa. Prife International berjaya berkembang maju selangkah demi selangkah dan menuju ke persada dunia di bawah bimbingan dan kepakaran beliau.
Dr. Jimmy Chong (DBA)
Pengasas Bersama & Timbalan Presiden Kumpulan
Dr Jimmy Chong mempunyai lebih 25 tahun pengalaman luas dalam industri jualan langsung, dan mempunyai daya pemikiran yang tajam terhadap pasaran. Beliau memegang Ijazah Kedoktoran kehormat dalam Pentadbiran Perniagaan dan mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam menguruskan syarikat pemasaran jaringan. Beliau seorang usahawan yang berwibawa dan mahir dalam pengurusan korporat, pembangunan pasukan, strategi pemasaran, dan sistem pendidikan.
Selain memegang jawatan Pengasas Bersama dan Timbalan Presiden Prife International, beliau juga merupakan pengasas Yayasan Prife. Dr Jimmy Choong adalah seorang usahawan bergiat aktif dalam pelbagai kerja kemasyarakatan dan aktiviti kebajikan. Selain memberi sumbangan dalam kewangan, beliau turut menunjukkan keprihatinan dengan turun padang bersama menjalankan aktiviti amal dan khidmat masyarakat.
Pada 2013, Dr Jimmy Chong pernah menubuhkan sebuah syarikat jualan langsung di Kenya yang mengetuai pasukan lebih 1 juta ahli yang bertapak 28 negara. Dengan pengalaman kepimpinan dan ketabahannya, Prife International telah berkembang cepat dan mencapai pencapaian cemerlang dalam masa yang pendek di bawah bimbingannya, malah juga membawa nama Prife sebagai perintis dan teladan terbaik dalam industri ini.


Encik A C Goh
Pengerusi Kumpulan
Encik Goh mempunyai kepakaran dalam pemasaran dan pentadbiran di industri perniagaan jualan langsung dan berpengalaman lebih 35 tahun. Beliau menyertai industri jualan langsung sebagai jurujual menjual barangan isi rumah ketika berumur 20 tahun, syarikatnya merupakan antara pemegang lesen jualan langsung pertama yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1993.
Kini, Encik Goh merupakan Pengerusi Kumpulan Prife International. Beliau amat mencintai kerjayanya dan hanya menumpukan dan mendedikasikan hidupnya untuk perniagaan jualan langsung, dan tidak pernah terlibat dalam industri atau pelaburan lain.
Misinya adalah menyediakan kehidupan yang berkualiti, bahagia, stabil dan selamat untuk semua pengedar jualan langsung di seluruh dunia.
Encik Kacy Tan
Ketua Pengarah Kumpulan
Encik Kacy Tan merupakan Ketua Pengarah Kumpulan Prife International. Beliau mempunyai lebih 27 tahun pengalaman pengurusan dalam industri pemasaran jaringan. Beliau adalah pemimpin yang berpengalaman dengan pemikiran kreatif dan inovatif, sentiasa mengejar kesempurnaan untuk mencapai keunggulan. Beliau turut memimpin syarikat dan pasukan untuk berada di barisan hadapan pasaran agar memastikan syarikat terus berdaya saing di pasaran global.
Dengan kepimpinan yang mahir dan pengalaman pengurusan yang cemerlang, Kacy Tan telah mencatat pencapaian yang luar biasa dalam industri jualan langsung dan berjaya memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Perak dalam Forum Jualan Langsung Cina Global & Asia Pasifik di Persidangan Jualan Langsung Ke-7, Pengedar Cemerlang Reputasi Emas di Asia Pasifik, Pengedar Termuda yang Mencapai Pangkat Tertinggi dalam Syarikat Pemasaran Jaringan di Malaysia, Anugerah Kemahiran Pengurusan Cemerlang Antarabangsa Tahun 2021 oleh Malaysia Top 100 Talent Awards.
Beliau percaya kepada kekuatan kerja berpasukan, gaya kepimpinannya banyak menginspirasi, memberi dorongan kepada pekerja mengembangkan daya kreativiti, membantu lebih ramai orang untuk mencapai potensi maksimum mereka dan mencapai kejayaan luar biasa.

Misi
Mengilhami dunia untuk mencapai kesihatan, kecantikan dan kekayaan.
Visi
Menjadikan iTeracare sebagai produk penjagaan Kesihatan untuk keluarga sedunia.
Nilai-Nilai
- Menjadi semangat kasih sayang
- Menggabungkan pengetahuan dengan Tindakan
- Memupuk pembelajaran dan pertumbuhan yang berterusan
- Memberi keutamaan kepada pelanggan
- Membina kebahagiaan dan kegembiraan
- Memupuk semangat bersyukur dan penghargaan
- Berimpian besar
- Mengejar kehidupan yang sempurna